Jumat, 31 Mei 2013

Keajaiban Sholawat

Assalamu’alaikum warahmatullahi warahmatullahi wabarakatuh ..

Keajaiban Sholawat

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat
keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat
keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali
selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100
kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu
jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7
kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit
atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap
selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari,
insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran.
Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai
ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap
hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati
dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang
berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang
dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah
akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad
dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada
malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan
samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat
fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi
lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,
mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di
samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana
hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam
apa jua dengan syarat ia berusaha mencari
keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap
hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah,
lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran
hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali
setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah
akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali
setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada
sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan
segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat
secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada
gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan
petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri
daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali
selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat
(pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat
menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca
selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan
berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari
Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil
seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada
setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan
rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan
zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin
kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan
selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya
Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit
berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2
rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita
serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat
kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka
berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat
Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan
hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga
100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat
kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia
akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya
- HR Abu Naim.

30) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku
10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang
tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
- HR Thabrani

Tidak ada komentar:

Posting Komentar